Isnin, 26 Oktober 2009

TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL BAGI SITUASI -SITUASI DI BAWAH

M/S 58

SITUASI I
Rakan sekelas anda sedang memasukkan komputer di bilik komputer pada waktu rehat.

TINDAKAN
  • Memberi nasihat
  • Melaporkan kepada guru
  • Memberi hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan

SITUASI II

Rakan anda sedang menconteng dinding tandas sekolah

TINDAKAN

  • Mengenakan denda sejajar dengan kasalahan yang dilakukan
  • Mengenakan tindakan kaunseling
  • Melaporkan kepada guru disiplin

SITUASI III

Rakan anda merosakkan meja dan kerusi sekolah

TINDAKAN

  • Memberi amaran`
  • Digantung sekolah jika sering melakukan hal yang sama
  • Melaporkan kepada guru

KESAN NEGATIF PERGAULAN BEBAS DAN CARA UNTUK MENGATASINYA..

Aktiviti kumpulan m/s 56

Pergaulan bebas ialah pergaulan' antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan yang sah' dari segi hukum syarak.

Antara Kesan negatifnya ialah;

1.INDIVIDU
-Menjatuhkan maruah diri dan keluarga.
-dibenci oleh masyarakat.
-mudah mendapat penyakit(HIV dan AIDS).

2.MASYARAKAT
-Masyarakat akan memandang serong.
-masyarakat tidak akan mempedulikan seseorang itu jika dia ditimpa masalah.
-masyarakat tidak akan bergaul dengan seseorang tersebut.

3.NEGARA
-Negara akan dipandang hina oleh negara lain.
-masalah sosial akan semakin bertambah dalam negara.
-ekonomi negara semakin merosot.

CARA2 MENGATASINYA;
-Melengkapkan diri dengan ilmu agama yang mencukupi.
-bijak dalam memilih kawan.
-penguatkuasaan undang2 ditempat awam.
-pandai mengawal diri daripada terjebak dalam masalah sosial.
-menjaga tatasusila dalam pergaulan.

Isnin, 19 Oktober 2009

welcome 2 our blog....

Masalah-masalah sosial yang kini malanda masyarakat

PETIKAN A ms 49

  • Pergaulan tanpa batasan
  • melepak, menghisap ganja, lumba haram, mencuri, dan pecah rumah.

PETIKAN B ms 50

  • Tidak menjaga maruah diri.
  • terlalu percaya dengan godaan teman lelaki.

PETIKAN C ms 50

  • merosakkan telefon awam.

PETIKAN D ms 51

  • Menggunakan alat perhubungan untuk menyebarkan fitnah, menyampaikan berita palsu dan banyak lagi
  • penyalahgunaan teknologi.

PETIKAN E

  • Membuli termasuklah perbuatan mengherdik, memaki, mengasari, memukul dan memeras ugut.
  • fenomena gengsterisme yang membawa kepada perjudian, pengedaran dadah atau pil khayal.

Isnin, 12 Oktober 2009

Hak -hak pengguna


  • Hak untuk mendapatkan keperluan asas.Contohnya makanan, pakaian, tempat tinggal, kemudahan kesihatan dan pendidikan.
  • Hak untuk mendapatkan jaminan keselamatan daripada perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan pengguna.Cthnya makanan dan ubat-ubatan.
  • Hak untuk mendapatkan maklumat yang mencukupi dan tepat supaya dapat membuat keputusan yang bijal serta rasional.
  • Hak untuk bersuara supaya kepentingan pengguna mendapat perhatian dalam penggubalan dasar kerajaan.
  • Hak untuk mendapatkan ganti rugi bagi barang yang rosak atau berbahaya, dan pampasan untuk perkhidmatan yang tidak menepati perjanjian.
  • Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat.

ciri-ciri pengguna yang rasional

  • pengguna tidak akan terburu-buru memilih sesuatu barang walaupun ada tawaran hebat atau hadiah percuma.
  • pengguna tidak akan terpengaruh dengan tawaran diskaun yang tinggi atau jenama sesuatu barang.
  • pengguna membuat perbandingan harga sesuatu barang di beberapa buah pasar raya.
  • pengguna akan berfikir sebelum membeli sesuatu dan kesan penggunaannya terhadap diri, orang lain dan alam sekitar.
  • pengguna akan membuat senarai barang-barang yang diperlukan.
  • pengguna akan memilih kedai,klinik atau agensi yang sah dan mampu memberi perkhidmatan yang terbaik dan berpatutan.